Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Abdul Hamid nafi berat sebelah terhadap parti politik


Tarikh kemaskini: 03/09/2019





BIDOR, 3 Sept  -- Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador menafikan tuduhan seolah-olah beliau berat sebelah terhadap parti politik di negara ini dan hanya menyerang pihak pembangkang.

Beliau berkata tugasnya sebagai Ketua Polis Negara termasuklah memerhati serta menegur pihak yang berkaitan dan bukannya bersifat menyebelahi.

"Ada yang suruh saya meletakkan jawatan dan mengatakan saya masuk campur dalam hal politik. Bila saya mengeluarkan kenyataan begitu?

"Saya tidak boleh menyebelahi, sekiranya kerajaan salah pun saya tegur sebelum ini begitulah peranan saya," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Perasmian Op Bersepadu Khazanah di Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bidor  di sini hari ini.   -- LAGI

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Datuk Abdul Kadir Abu Hashim serta Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani.

"Jangan buat tuduhan melulu seolah-olah saya ini adalah Ketua Polis Negara Pakatan Harapan. Tidak, saya Ketua Polis Negara untuk negara ini, bukan untuk parti politik," katanya.

Abdul Hamid berkata beliau tidak pernah mencampuri urusan politik apatah lagi membuat kenyataan berbaur politik.

"Parti yang kalah dalam pilihan raya biasalah akan berusaha untuk melemahkan kerajaan, itu peranan dia tetapi saya pula dikatakan serang parti pembangkang. Saya minta orang yang buat tuduhan itu supaya dengar baik-baik apa yang saya cakap," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Presiden Sukarelawan Malaysia Isham Jalil yang  meminta Abdul Hamid agar tidak bersikap berat sebelah kepada mana-mana parti politik  dan meletakkan jawatan sebagai Ketua Polis Negara sekiranya ingin membuat kenyataan berkaitan politik.  

 

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

LZS akan terus beri kerjasama kepada SPRM dalam siasatan libatkan dana LZS dan RTM

 
     

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel