Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Seramai 120 murid diarah tinggalkan sekolah akibat kebocoran gas amonia


Tarikh kemaskini: 03/09/2019





JASIN, 3 Sept  --  Seramai 120 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Redan diarah meninggalkan kawasan sekolah itu susulan kejadian kebocoran gas ammonia yang berlaku di sebuah kilang pemprosesan ayam, HLRB Processing Sdn Bhd, kira-kira 11.40 pagi tadi. 

Pengarah Pendidikan Melaka, Datuk Abu Bakar Sahari berkata ibu bapa diarahkan mengambil anak mereka selepas Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia memaklumkan kejadian itu dan meminta mengosongkan kawasan sekolah itu yang berada kira-kira 1.5 kilometer dari kilang berkenaan.

“Pada 12.30 tengah hari kita dimaklumkan berlakunya kejadian kebocoran gas ammonia berhampiran SK Paya Redan. Justeru itu, ibu bapa diminta mengambil anak masing-masing pulang atas permintaan pihak bomba,” katanya dalam kenyataan di sini. 

Sementara itu,  sembilan pekerja kilang terbabit iaitu enam perempuan dan tiga lelaki dihantar ke Hospital Jasin untuk mendapatkan rawatan lanjut seleps dipercayai sesak nafas akibat terhidu gas ammonia itu.

Jurucakap bomba memaklumkan menerima panggilan kecemasan pada 11.42 pagi dan lima anggota bomba dari Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) termasuk komander operasi bergegas ke lokasi kejadian.

“Sehingga kini Unit Hazmat masih berada di lokasi dan mereka sedang melakukan pemeriksaan bagi mengesan kebocoran. Kesemua pekerja kilang terbabit diminta mengosongkan premis kilang,” katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel