Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Seorang maut, tujuh cedera kemalangan di Teluk Intan


Tarikh kemaskini: 03/09/2019





IPOH, 3 Sept  -- Seorang wanita maut manakala tujuh lagi cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan termasuk sebuah lori muatan tanah di hadapan Klinik Desa Tanjung Keramat, Langkap dekat Teluk Intan hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan, Penolong Penguasa Bomba Mohd Azroisan Wahab berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu pukul 10.34 pagi ini.

Mangsa yang cedera iaitu empat lelaki, dua wanita dan seorang kanak-kanak dikeluarkan oleh orang awam sebelum bomba tiba di lokasi kejadian.

Beliau berkata, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat sepenuhnya pukul 12 tengah hari.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

LZS akan terus beri kerjasama kepada SPRM dalam siasatan libatkan dana LZS dan RTM

 
     

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel