Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lebuhraya WCE Kampung Lekir-Beruas dijangka dibuka masa terdekat


Tarikh kemaskini: 03/09/2019




BERUAS, 3 Sept  -- Jajaran Seksyen 9 dan 10 dari Kampung Lekir, Sitiawan ke Beruas, Perak, Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) sepanjang 45 kilometer (KM) dijangka dibuka dalam waktu terdekat ini.

Pengarah Urusan WCE Sdn Bhd, Datuk Neoh Soon Hiong berkata bagaimanapun pembukaan jajaran itu bergantung kepada pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) yang masih melakukan pemeriksaan di sepanjang jajaran berkenaan.

“Pembinaan lebuh raya itu telah selesai sepenuhnya sejak bulan lepas cuma ada beberapa prosedur yang perlu kita ikut selepas ia siap dibina.

“Kita sedang menunggu semua laporan pemeriksaan yang dijalankan oleh LLM dan mereka akan memaklumkan sama ada dua jajaran dari Kampung Lekir ke Beruas ini boleh dibuka atau tidak dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita ketika sesi penerangan bersama media di Ibu Pejabat WCE Perak di sini, hari ini.

Neoh berkata, Jajaran Seksyen 9 melibatkan laluan sepanjang 28KM dari Kampung Lekir ke Changkat Cermin, yang mempunyai empat plaza tol yang disambung dengan Jajaran Seksyen 10.

“Jajaran Seksyen 10 meliputi laluan sepanjang 17KM sehingga Plaza Tol Beruas manakala jajaran Seksyen 9 pula mempunyai empat plaza tol iaitu Plaza Tol Kampung Lekir, Plaza Tol Sitiawan, Plaza Tol Sitiawan Utara dan Plaza Tol Changkat Cermin,” katanya.

Neoh berkata mengikut perancangan awal dua jajaran itu sepatutnya dibuka Ogos lepas namun terdapat sedikit kekangan dan masih menunggu kelulusan daripada LLM.

"Kita berjaya menyiapkan dua jajaran ini mengikut tempoh iaitu pada Ogos namun ada prosedur yang perlu dilakukan kerana terdapat banyak prosedur seperti pemeriksaan LLM dan mewartakan jalan berkenaan.

"Kami tidak boleh membukanya sewenang-wenangnya kerana soal keselamatan pengguna WCE tidak boleh dikompromi," katanya.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd Anuar Mohd Tahir pada majlis pembukaan Jajaran Seksyen 8, WCE sepanjang 19.1KM dari Hutan Melintang ke Teluk Intan Mei lepas memaklumkan Jajaran Seksyen 9 dan 10 dijangka dibuka pada Ogos lepas.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

LZS akan terus beri kerjasama kepada SPRM dalam siasatan libatkan dana LZS dan RTM

 
     

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel