Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

UPSR: JAS pantau kualiti udara di Pasir Gudang


Tarikh kemaskini: 03/09/2019





JOHOR BAHRU, 3 Sept -- Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri akan memantau kualiti udara di 12 buah sekolah sekitar kawasan Pasir Gudang dalam usaha memastikan keselesaan murid yang akan mula menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bermula esok. 

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri Tan Chen Choon berkata pemantauan kualiti udara sebanyak dua kali itu akan diadakan pada setiap hari (pagi dan malam) sepanjang musim peperiksaan sehingga 11 Sept ini. 

“Langkah yang dilaksanakan sepanjang berlangsungnya UPSR bermula esok adalah untuk memastikan kelancaran perjalanan peperiksaan dan keselesaan murid yang mendudukinya,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Terdahulu, Tan turut menyertai pasukan JAS Johor di Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 4, pagi ini bagi melihat sendiri persediaan dan bacaan terkini kualiti udara di sekitar kawasan berkenaan menggunakan alat pengesan gas yang berfungsi mengukur kualiti udara.

Seramai 2,175 calon akan menduduki UPSR di sekitar kawasan Pasir Gudang.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel