Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kerajaan Negeri Terengganu rangka garis panduan pemakaian patuh syariah atlet


Tarikh kemaskini: 03/09/2019





KUALA TERENGGANU, 3 Sept -- Kerajaan Negeri sedang merangka satu garis panduan pemakaian patuh syariah bagi atlet.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata garis panduan itu bukan sahaja melibatkan aspek pemakaian tetapi perkara lain seperti pergaulan.

Kerajaan negeri sedang mengambil kira pandangan semua pihak termasuk persatuan sukan, ahli akademik dan mufti negeri berhubung perkara itu dan tidak mahu terburu-buru melaksanakannya. 

"Apabila kita dah dapat sediakan pakaian yang betul-betul patuh syariah, barulah kita akan wajibkan mereka pakai mengikut peraturan yang bakal kita kuatkuasakan nanti,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Bengkel Syariah Sukan di sini, hari ini.

Beliau berkata buat masa ini semua atlet dibenarkan memakai pakaian sukan seperti biasa. 

Sementara itu, Wan Sukairi berkata, Kerajaan Negeri terpaksa mengambil pendirian tegas dengan menarik diri dalam beberapa jenis sukan yang bercanggah sepenuhnya dengan syariat Islam seperti gimrama dan gimnastik wanita yang beliau dakwa menuntut atlet mempamerkan tubuh badan dan aksi ghairah terhadap penonton.

"Sukan ini (gimnastik dan gimrama) kita tidak boleh kompromi kerana ia menonjolkan aksi mengghairahkan kecuali jika hanya untuk tontonan wanita baharulah dibolehkan. Bagaimanapun, ia pastinya bercanggah dengan peraturan yang ditetapkan badan induk antarabangsa," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata Kerajaan Negeri turut menyambut baik mana-mana pereka fesyen yang ingin menyumbangkan cadangan atau idea dalam menghasilkan pakaian sukan yang benar-benar patuh syariah.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel