Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sijil ajar agama ditarik jika langgar undang-undang - Mujahid


Tarikh kemaskini: 03/09/2019




KUALA LUMPUR, 3 Sept -- Sijil tauliah mengajar agama Islam akan ditarik jika pengajar didapati melanggar mana-mana undang-undang yang ditetapkan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.

Beliau menegaskan semua pihak termasuk pemegang tauliah mengajar agama perlu menghormati undang-undang serta sensitiviti, kepelbagaian kaum dan bangsa di negara ini.

“Ada undang-undang, kena hormat, kita semua terikat. Jangan lupa juga kepelbagaian agama, bangsa kerana kita ada orang Melayu, India, Cina, Kadazan, Iban dan lain-lain lagi. Jangan cakap seolah-olah mereka ini tiada (ketika mengajar agama),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Muzakarah Perdana Pemegang Tauliah Mengajar Agama di Masjid Wilayah Persekutuan hari ini. 

Turut hadir Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr  Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan kira-kira 400 peserta muzakarah itu.

Ditemui Bernama selepas itu, Mujahid berkata sehingga kini belum ada lagi sijil tauliah mengajar agama ditarik balik namun pejabat mufti dan majlis agama negeri sentiasa memantau jika terdapat sebarang aduan dan salah laku yang dilaporkan.

“Kami ada proses. Kami akan siasat (jika ada laporan), kami panggil individu itu dahulu dan minta penjelasan sebelum ambil sebarang keputusan,” katanya.

Beliau menekankan pentingnya tenaga pengajar agama menghormati kepelbagaian kaum dan agama yang telah terjalin sejak merdeka yang dikhuatiri akan tergugat jika ia tidak dijaga dengan sebaik-baiknya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

LZS akan terus beri kerjasama kepada SPRM dalam siasatan libatkan dana LZS dan RTM

 
     

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel