Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Bekas pengurus didakwa pecah amanah


Tarikh kemaskini: 03/09/2019





KUANTAN, 3 Sept -- Seorang bekas pengurus mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas tuduhan melakukan pecah amanah berjumlah RM31,550 pada tahun lalu. 

Pengakuan wanita itu,  Lee Li Fung, 52, yang beralamat di Seri Kuantan di sini, direkodkan di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali. 

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu antara Julai hingga Oktober 2018 melibatkan 10 keping cek milik syarikat pembinaan di Jalan Beserah di sini, yang diamanahkan ke atasnya selaku pengurus untuk kegunaan sendiri. 

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan. 

Pada prosiding itu, Lee yang tidak diwakili peguam merayu mahkamah mengurangkan jaminan RM40,000 dengan seorang penjamin yang ditawarkan pihak pendakwaan ke atas dirinya.

"Saya ibu tunggal dan mempunyai seorang anak. Kini saya bekerja sebagai jurujual dengan gaji sekitar RM2,500 sebulan," katanya. 

Siti Aminah menetapkan jaminan sebanyak RM14,000 dengan seorang penjamin dan kes disebut semula pada 3 Okt depan. 

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Syarifah Nursyuhada Tuan Mamat. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     

7,000 murid KAFA cipta rekod MBOR, hasilkan peta minda terbanyak

 
     

HOSHAS catat sejarah pembedahan katarak terbesar dalam dua hari

 
     

Terapi seni penjara beri kesan positif pada banduan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel