F_3qc2vEhxI Bapa dan anak lelaki rentung, kereta terbakar selepas langgar treler
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Bapa dan anak lelaki rentung, kereta terbakar selepas langgar treler


Tarikh kemaskini: 03/09/2019





KUALA LUMPUR, 3 Sept -- Seorang bapa dan anak lelakinya rentung apabila kereta yang dinaiki mereka terbakar selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah treler di kilometer 9.2 Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (Lebuhraya LATAR), malam tadi. 

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Supt Md Asri A. Wahab berkata pada kejadian 11.50 malam itu, mangsa Muhd Ridzo Fadzly Rosely, 37, dan anaknya Ahmad Ariffin Muhd Ridzo Fadzly yang berusia dua tahun maut di tempat kejadian.

Md Asri berkata siasatan awal mendapati kereta Proton Persona yang dipandu Muhd Ridzo Fadzly dalam perjalanan menghala ke Kuala Lumpur dari Kedah dipercayai hilang kawalan sebelum terlanggar dan terperosok di bawah treler, yang bergerak di hadapannya.

"Akibat kemalangan itu, mangsa bersama anaknya yang merupakan penumpang hadapan tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala isteri dan seorang lagi anaknya cedera parah," katanya.

Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Tanjung Karang untuk bedah siasat manakala kedua-dua mangsa yang cedera parah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan. 

Md Asri berkata pemandu treler yang berusia 47 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel