Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pele Peter Tinggom angkat sumpah sebagai Setiausaha DUN Sarawak baharu


Tarikh kemaskini: 03/09/2019





KUCHING, 3 Sept -- Pele Peter Tinggom hari ini mengangkat sumpah sebagai Setiausaha Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang baharu di hadapan Speaker DUN, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar.

Anak kelahiran Saratok itu adalah lulusan Sarjana dalam Undang-undang (Dengan Kepujian) dari Aglia Ruskin University, United Kingdom pada 1996 dan Diploma Pengurusan (Eksekutif) dari Institut Pengurusan Australia di Western Australia University pada 2002.

Beliau yang mempunyai pelbagai pengalaman dan kemahiran sebelum ini pernah menyandang jawatan Timbalan Setiausaha DUN dari 2011 hingga 2015.

Selain itu, beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pegawai Khas di Jabatan Perdana Menteri.

Sementara itu, Asfia berkata berkhidmat di DUN Sarawak bukanlah perkara yang asing lagi bagi beliau yang pernah berkhidmat sebagai Pegawai Parlimen sejak 2009.

“Dengan pengalaman yang beliau miliki, saya memberikan kepercayaan penuh kepadanya kerana saya pasti beliau mampu melakukan tugas yang diamanahkan sebaik mungkin,” katanya semasa berucap selepas majlis Angkat Sumpah bekenaan di DUN Sarawak.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel