Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pasar raya buat laporan polis berhubung fitnah tidak jual produk Bumiputera, Muslim


Tarikh kemaskini: 03/09/2019





JOHOR BAHRU, 3 Sept -- Pasar raya Econsave Cash & Carry Sdn Bhd (Econsave) semalam membuat laporan polis terhadap beberapa akaun Facebook yang dipercayai menyebarkan fitnah mendakwa pasar raya itu tidak menjual produk-produk Muslim dan Bumiputera.

Pengurus Besar Econsave Mas Imran Adam, yang membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara pada 1.15 tengah hari semalam, berkata pihaknya mengambil serius tuduhan fitnah terhadap Econsave di Facebook dua pihak berkenaan.

“Econsave merupakan salah satu pasar raya yang banyak menjual produk-produk Bumiputera dan Muslim seperti kicap Tamin, kicap Adabi, kicap Kipas Udang, produk Faiza, kicap Enaq, Minyak Saji dan banyak lagi produk-produk lain.

“Selain itu, pihak Econsave juga menyertai program sesi padanan perniagaan anjuran Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) yang  memberi platform kepada usahawan-usahawan bertemu dengan pasar raya-pasar raya besar dan peruncitan untuk memasarkan produk mereka,” kata beliau ketika dihubungi, di sini hari ini.

Selain itu, pihaknya turut memberi tempoh 48 jam kepada kedua-dua akaun Facebook itu untuk menarik balik dakwaan itu serta memohon maaf atas maklumat palsu yang ditularkan di media sosial.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Mohd Taib Ahmad, ketika dihubungi mengesahkan laporan polis telah dibuat.

“Ada terima satu laporan dan ia dirujuk ke pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia,” kata beliau.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel