Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

34 guni seberat 1,020 kilogram daun ketum berjaya dirampas


Tarikh kemaskini: 02/09/2019




PADANG BESAR, 2 Sept (Bernama) -- Sebanyak 34 guni dipercayai berisi daun ketum seberat 1,020 kg ditemui oleh sepasukan polis cawangan Batalion 1 Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta, Perak, pada kira-kira 12 tengah hari ini semasa membuat rondaan di kawasan Felda Mata Ayer di sini.

Pegawai Pemerintah Medan Martak Batalion 1 PGA Bukit Kayu Hitam, Kedah, Abd Aziz Abdullah semasa menjalankan rondaan, anggotanya itu terlihat sekumpulan lelaki sedang berjalan di kawasan semak dalam keadaan mencurigakan.

"Setelah kumpulan lelaki itu menyedari kehadiran polis, kesemua mereka bertempiaran lari ke kawasan hutan berhampiran dan polis menjumpai 34 guni putih, dipercayai berisi daun ketum yang ditinggalkan kumpulan itu.

Kita mengesyaki daun ketum ini yang nilainya dianggarkan RM153,000 akan diseludup ke negara jiran, kerana permintaan yang tinggi di sana," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut Abd Aziz satu laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Polis, Padang Besar dan kes disiasat di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

LZS akan terus beri kerjasama kepada SPRM dalam siasatan libatkan dana LZS dan RTM

 
     

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel