6vOsbcpP1kc Pengusaha 'Ais Tingkap' beri minuman percuma
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pengusaha 'Ais Tingkap' beri minuman percuma


Tarikh kemaskini: 02/09/2019





GEORGE TOWN, 2 Sept (Bernama) -- Seorang pengusaha ‘Ais Tingkap’ atau air sarbat yang sinonim dengan masyarakat Pulau Pinang, Mohamed Asri Seeni Mohamed hari ini memberikan 1,000 gelas istimewa itu secara percuma kepada para pelanggannya, dalam satu majlis yang diadakan di Lebuh Tamil di sini.

Mohamed Asri berkata majlis itu diadakan bagi menghargai para pelanggan yang setia menyokong perniagaan yang diasaskan keluarganya sejak tahun 1919.

"Ia sebagai tanda terima kasih kami terhadap semua pelanggan tidak kira dari pelbagai pelosok negeri, yang telah datang ke sini dan hari ini kami telah memberikan 1,000 gelas ais tingkap percuma kepada pelanggan," katanya pada majlis sambutan ulang tahun ke- 100 Ais Tingkap yang dirasmikan oleh Ketua Menteri Chow Kon Yeow, di Lebuh Tamil di sini.

Mohamed Asri berkata beliau merancang untuk membuka beberapa cawangan perniagaan yang diusahakannya itu termasuk di Kuala Lumpur pada masa akan datang.

Ais Tingkap merupakan minuman ais parut campuran istimewa, yang hanya boleh didapati di Pulau Pinang dan ianya adalah campuran air sirap yang ditambah dengan bahan-bahan untuk menyejukkan badan seperti selasih, kembang semangkuk, getah anggur, isi kelapa, air kelapa dan resepi rahsia iaitu sarbat. 

Bagi pengunjung, Kamisah Mazlan, 39, beliau mengetahui kewujudan minuman istimewa itu menerusi rancangan televisyen ‘Majalah Tiga’ dan nekad untuk mencuba apabila berkunjung ke Pulau Pinang.

"Saya tertarik dengan ais tingkap ini dan sememangnya ia tidak mengecewakan. Rasanya amat lazat sekali dan pasti ia menu wajib setiap kali datang ke sini," kata guru dari Puchong, Selangor itu.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

LZS akan terus beri kerjasama kepada SPRM dalam siasatan libatkan dana LZS dan RTM

 
     

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel