Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Perahu Karam di Miri: Mayat warga Indonesia ditemukan


Tarikh kemaskini: 02/09/2019





MIRI, 2 Sept (Bernama) -- Mayat lelaki warga Indonesia yang hilang dalam tragedi perahu karam di Sungai Batang Suai, Niah Miri semalam telah ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pukul 2.45 petang ini.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Miri, Law Poh Kiong berkata mayat Yanto Olin, 34, telah dijumpai terapung lima meter dari jarak mangsa dipercayai jatuh ketika sedang dalam perjalanan menggunakan perahu untuk membawa muatan kelapa sawit ke kilang berhampiran.

“Mayat mangsa telah diserahkan ke Balai Polis Batu Niah untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini petang ini sambil menambah operasi telah ditamatkan pada pukul 3.30 petang.

Law berkata, mangsa dipercayai tenggelam bersama perahu yang sarat dengan muatan dalam tragedi itu.  

Dalam kejadian tersebut dua rakan senegaranya Martinus Suliadi Didah, 30, dan Amdukos, 47, berjaya diselamatkan oleh pemancing yang kebetulan berada di kawasan terbabit.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

JAS Johor pergiat pemantauan di sungai tercemar, kritikal di Pasir Gudang

 
     

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel