Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kemudahan pengairan dan saliran skim sawah padi di Sarawak ditingkatkan - Uggah


Tarikh kemaskini: 02/09/2019





BETONG (Sarawak), 2 Sept  -- Semua kemudahan saliran dan pengairan kawasan sawah padi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di negeri ini akan ditingkatkan tidak lama lagi.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah berkata ini bagi memastikan kawasan tersebut menjadi lebih produktif.

"Kerja-kerja menaik taraf ini melibatkan dalam kawasan jelapang padi di negeri ini.

"Terdapat kira-kira 40,000 hektar kawasan di bawah skim itu di negeri ini termasuk 500 hektar di Tanjung Sebukut," katanya selepas melawat skim kawasan penanaman padi JPS Tanjung Sebukut, Spaoh di sini hari ini.

Turut hadir setiausaha politik kepada Ketua Menteri Dr Richard Rapu dan jurutetra JPS bahagian Betong,

Bartholomeu Emily Ayu.

Uggah, yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak berkata kebanyakan kemudahan di kawasan skim ini menghadapi masalah penyelenggaraan dan kemudahan yang terbiar mengakibatkan sistem saliran dan pengairan kurang berkesan dan akhirnya, produktiviti merosot.

Beliau berkata sebagai contoh, di Tanjung Sebukut di sini, hasil dari setiap petani di bawah dua tan metrik sehektar iaitu sangat rendah.

Kami mungkin perlu menyediakan lebih banyak saluran paip di kawasan strategik yang baharu  dan membina lebih banyak sistem pengairan.

"Kami akan menunggu laporan daripada skim lain dan beberapa laporan dijangka sampai kepada kami menjelang 11 Sept ini,” kagta beliau.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

PPIK - KPDNHEP bincang isu tarik kereta

 
     

Kes Letupan CityOne Megamall : Bicara pengarah mulai 28 Jan

 
     

SPR terpaksa guna pakai persempadanan semula tahun lepas

 
     

Pemanis sokong saranan Anwar Ibrahim semua majlis anjuran kerajaan wajib guna Bahasa Melayu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel