DV-vV0VewE8 Trofi Piala FA di Langkawi hingga Selasa
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Trofi Piala FA di Langkawi hingga Selasa


Tarikh kemaskini: 01/09/2019





LANGKAWI, 1 Sept (Bernama) -- Kejayaan pasukan bola sepak Kedah menjuarai Piala FA 2019 terus diraikan apabila trofi itu dibawa untuk tatapan peminat sukan nombor satu itu yang berada di pulau peranginan bebas cukai ini.

Ahli Majlis Eksekutif Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA),  Mohd Fuad Abdullah berkata, trofi kejuaraan itu akan berada di Langkawi bermula hari ini hingga Selasa (3 Sept).

"Selepas Kedah menjuarai Piala FA 2019, saya sebagai Ahli Majlis Eksekutif KFA yang berasal dari Langkawi fikir tidak salah kiranya piala ini dibawa balik ke pulau ini. Di atas kelulusan KFA kita berjaya dan diberi kebenaran membawa pulang Piala FA untuk ditonton kepada peminat dan penyokong Kedah yang berada di pulau ini.

"Pelbagai program diatur seperti hari ini Piala FA dipertonton di Hotel Adya Langkawi, Kuah bermula 5 petang hingga 10 malam ini. Semua peminat yang ingin melihat secara dekat serta mengambil gambar dialu-alukan untuk datang," katanya ketika ditemui di hotel itu hari ini.

Mohd Fuad berkata, esok trofi itu akan diletakkan di depan Pejabat Ahli Parlimen Langkawi, Kuah bermula 9.00 hingga 10 pagi.

"Trofi itu kemudian akan diarak ke Dataran Chenang untuk dipamerkan di sana bermula 11 pagi hingga 12.30 tengah hari, Pejabat Adun Ayer Hangat (2.00 petang), Padang Bola Pasir Hitam (3.30 petang) dan Padang Bola Ladang Sungai Raya, Kisap (5.30 petang)," katanya.

Beliau berkata, pada Selasa piala itu akan dipertontonkan sekali lagi di Hotel Adya Langkawi, Kuah bermula 10 pagi hingga 12 tengah hari.

Sebagai rekod Kedah muncul juara Piala FA 2019 selepas menundukkan Perak 1-0 menerusi jaringan pemain muda, Mohd Fadzrul Danel Mohd Nizam pada minit ke-105 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Julai lepas.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

JAS Johor pergiat pemantauan di sungai tercemar, kritikal di Pasir Gudang

 
     

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel