Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pemenang beri anugerah kepada tujuh tokoh Melayu P.Pinang


Tarikh kemaskini: 01/09/2019




GEORGE TOWN, 1 Sept (Bernama) -- Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang) memberi anugerah kepada tujuh tokoh Melayu di negeri ini sempena sambutan Maal Hijrah 1441 hari ini.

Presidennya Tan Sri Mohd Yussof Latiff berkata pengiktirafan itu sebagai tanda penghargaan kepada insan-insan  yang telah banyak menabur jasa bakti terhadap bangsa dan agama .

Penerima anugerah berkenaan ialah  pesara polis yang turut bergiat aktif dalam bidang persilatan iaitu Abdul Khan Rajab yang menerima anugerah Tokoh Sukan Seni Silat dan tiga penerima bagi Tokoh Seni Budaya iaitu Jibran Khalil Sinda Madar, Omar Hashim atau lebih dikenali dengan Omara, dan Syed Akir Syed Ahmad.

Ketiga-tiga penerima anugerah tokoh seni budaya itu merupakan Tukang Karang Boria dan menjadi perintis kepada sejarah penubuhan boria di negeri ini.

Selain itu  bekas Ketua Wanita UMNO Bahagian Tasek Gelugor Rokiah Bee Hassan, bekas Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Bukif Gelugor Jani Pakaruddin dan aktivis masyarakat  Yatim Ahmad dipilih untuk menerima anugerah bagi Tokoh Kemasyarakatan.

Sijil dan pingat penghargaan disampaikan Mohd Yussof kepada semua tokoh berkenaan.

Pemenang yang diasaskan pada 1927 bertujuan menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat Melayu di Pulau Pinang di samping membimbing ahli-ahlinya untuk memajukan diri dalam bidang akademik, ekonomi, kebudayaan, kesenian dan sukan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel