EHnzM6alJXY Penang Sentral gempar diserbu Imigresen
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Penang Sentral gempar diserbu Imigresen


Tarikh kemaskini: 01/09/2019





BUTTERWORTH, 1 Sept -- Hasrat sekumpulan warga asing untuk ‘jalan-jalan’ pada cuti umum sempena Maal Hijrah tidak kesampaian apabila mereka ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang, dalam operasi di kawasan Penang Sentral di sini, hari ini.

Ketika ditahan, kebanyakan mereka memberitahu mengambil peluang cuti umum untuk ke George Town bertemu rakan selain sekadar bersiar-siar.

Ketua Bahagian Penguatkuasaan JIM negeri, Kholijah Mohamad berkata, mereka adalah 18 warga asing tanpa izin yang ditahan pihaknya dalam operasi bermula pukul 11 pagi dan tamat sejam kemudian.

"Operasi itu dilakukan hasil risikan daripada maklumat awam berikutan ramai warga asing yang mengambil kesempatan cuti umum untuk menggunakan perkhidmatan bas," katanya kepada pemberita selepas operasi itu.

Mereka yang ditahan terdiri daripada 15 lelaki dan tiga wanita membabitkan enam lelaki Bangladesh, Myanmar (empat lelaki), Indonesia (empat lelaki dan tiga wanita) dan seorang lelaki warga Kemboja.

Khotijah berkata, semua warga asing berusia 20 hingga 45 tahun itu ditahan kerana tiada dokumen perjalanan diri, tinggal lebih masa serta menyalahguna pas lawatan sosial.

"Pemeriksaan kami mendapati ada warga asing yang ditahan sepatutnya telah balik ke negara asal kerana permit kerja telah tamat namun mereka terus tinggal di negara ini serta bekerja secara haram," katanya.

Dalam operasi disertai 18 penguatkuasa JIM Pulau Pinang itu, 676 warga asing yang berada di kawasan Penang Sentral diperiksa.

Katanya, 18 warga asing yang ditahan itu dihantar ke Depoh Tahanan Juru dan kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah, Seksyen 15(1)(c) akta sama kerana tinggal lebih masa.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

PPIK - KPDNHEP bincang isu tarik kereta

 
     

Kes Letupan CityOne Megamall : Bicara pengarah mulai 28 Jan

 
     

SPR terpaksa guna pakai persempadanan semula tahun lepas

 
     

Pemanis sokong saranan Anwar Ibrahim semua majlis anjuran kerajaan wajib guna Bahasa Melayu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel