Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Dua penuntut Kolej Matrikulasi ditemukan lemas


Tarikh kemaskini: 01/09/2019





KUANTAN, 1 Sept --  Dua penuntut lelaki Kolej Matrikulasi Pahang ditemukan lemas semasa mandi di Air Terjun Berkelah di sini, hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Anuar Hasan berkata mayat kedua-dua mangsa ditemukan pada 12.36 tengah hari tadi. 

"Mereka dipercayai mandi di tingkat satu air terjun pada pagi ini sebelum bomba menerima panggilan kecemasan pada 10.15 pagi.

"Operasi mencari dan menyelamat dilakukan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Balai Bomba Taman Tas," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. 

Bagaimanapun, setakat ini, identiti mangsa masih tidak diketahui. 

Anuar berkata jenazah kedua-dua mangsa akan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, untuk bedah siasat. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel