Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pejabat Bersatu bahagian Taiping akan beroperasi 3 Sept


Tarikh kemaskini: 31/08/2019





TAIPING, 31 Ogos -- Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Taiping akan membuka pejabat parti itu di Jalan Taming Sari di sini pada 3 Sept ini.

Ketuanya, Kader Maideen Hussain berkata operasi pejabat di bangunan dua tingkat itu akan menempatkan pejabat pentadbiran dan operasi parti.

“Dua orang kakitangan sepenuh masa akan bertugas di sini,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis perasmian pejabat Bersatu Taiping di sini, hari ini.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Kader Maideen berkata ahli parti yang mempunyai sebarang urusan boleh berbuat demikian di pejabat ini.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     

MBM cadangkan supaya ijazah graduan protes ketika graduasi ditahan sehingga mohon maaf

 
     

PPIK - KPDNHEP bincang isu tarik kereta

 
     

Kes Letupan CityOne Megamall : Bicara pengarah mulai 28 Jan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel