Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lebih 40 pemandu jengkaut berkonvoi sambut Hari Kebangsaan


Tarikh kemaskini: 31/08/2019





JITRA, 31 Ogos -- Tidak mahu ketinggalan dalam menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan hari ini, lebih 40 pemandu jengkaut di sini mempunyai cara tersendiri untuk memeriahkan sambutan itu, dengan berhimpun dan mengadakan konvoi jentera berat itu.

Menerusi Program Konvoi Merdeka itu, kesemua pemandu terbabit mengendalikan jentera masing-masing yang dihiasi dan dipasang dengan bendera negara, dan berkonvoi sejauh 10 kilometer bermula di Langgar, Alor Setar dan berakhir di Taman Sri Aman, di sini.

Pengerusi Gabungan Pemandu-pemandu Jentera Jengkaut Negeri Kedah, Khairul Hafizi Abdullah berkata, program itu diadakan sebagai platform membangkitkan semangat patriotik, di kalangan pemandu jengkaut terutama pada Hari Kebangsaan ini.

“Inilah platform terbaik kami dapat pamerkan semangat patriotik dan dapat mengenali antara satu sama lain, dan dengan ini juga kita dapat mengajak orang ramai untuk sama-sama menghayati dan meraikan hari kemerdekaan dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran.

“Harapan saya semua yang terlibat dapatlah bersatu hati sempena hari bersejarah ini, walaupun mungkin ada yang belum mengenali dan datang dari jauh serta dari latar belakang berbeza,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Sementara itu, penganjur program itu Azizi Ahmad Shukri, 32, berkata walaupun agak sukar kerana melibatkan sejumlah jengkaut berada di atas jalan raya, namun program itu berjalan lancar tanpa mengganggu pengguna jalan raya lain.

“Kita teliti dalam membuat perancangan dan memilih laluan yang tidak banyak kenderaan, kerana tidak mahu ganggu lalu lintas, Alhamdulilah perancangan kita menjadi dan ramai peserta hadir hari ini, kita juga mendapat kebenaran pihak polis dari daerah Kota Setar dan Kubang Pasu untuk berkonvoi,” katanya.

Azizi berkata, pihaknya bercadang untuk menjadikan acara itu sebagai program tahunan dan melibatkan lebih ramai peserta termasuk pemandu lori untuk sambutan pada tahun akan datang.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel