Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pasangan maut kebakaran sibuk buat persiapan perkahwinan anak bongsu


Tarikh kemaskini: 31/08/2019





KUANTAN, 31 Ogos -- Pasangan suami isteri yang disyaki rentung dalam kebakaran besar di Sungai Lembing di sini awal pagi tadi, difahamkan sedang melakukan persiapan perkahwinan anak bongsu mereka.

Perkara itu dimaklumkan oleh adik mangsa Ho Yok Kam, 69, yang berkata abangnya Ho Yok Fun, 74, dan isterinya Chow Kim Mui, 70, hanya tinggal berdua di situ kerana mengusahakan kedai makan. 

"Semua anak mereka bekerja di luar. Saya tahu majlis perkahwinan anak bongsu mereka yang bekerja di Singapura, akan diadakan minggu hadapan," katanya kepada pemberita semasa ditemui di lokasi kejadian di sini, hari ini.

Beliau berkata empat anak mangsa terdiri daripada dua perempuan dan dua lelaki, difahamkan sudah bergegas pulang ke Sungai Lembing untuk membantu pihak berkuasa melakukan ujian deoksiribonukleik (DNA) bagi mengesahkan identiti mayat. 

Yok Kam berkata beliau menerima berita kebakaran itu sekitar 5 pagi dan terus bergegas ke Sungai Lembing dari rumahnya di bandar Kuantan, yang mengambil masa perjalanan selama hampir sejam. 

"Semasa sampai saya lihat bomba sudah memadamkan api... kemudian ada orang beritahu abang dan kakak ipar saya tidak ditemui dalam kebakaran itu dan kemungkinan terperangkap dalam rumah," katanya. 

Pada kejadian 1.30 pagi tadi, rumah yang didiami pasangan suami isteri itu dipercayai menjadi punca kebakaran yang keseluruhannya melibatkan 32 bangunan, terdiri daripada 20 rumah kedai, 11 unit rumah dan sebuah perpustakaan. 

Bomba mengesahkan penemuan satu mayat dalam keadaan rentung pada 6 pagi tadi, yang dipercayai mayat wanita berdasarkan perhiasan yang dipakai manakala operasi mencari seorang lagi mangsa masih diteruskan. 

Mayat itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel