TWkd4kafpkI Identiti suami isteri maut kebakaran Sungai Lembing dikenal pasti
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Identiti suami isteri maut kebakaran Sungai Lembing dikenal pasti


Tarikh kemaskini: 31/08/2019





KUANTAN, 31 Ogos -- Identiti pasangan suami isteri yang disyaki rentung dalam kebakaran besar di Sungai Lembing di sini, awal pagi tadi sudah dikenal pasti.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Mohd Sani Harul berkata mangsa ialah Ho Yok Fun, 74, dan isterinya Chow Kim Mui, 70, yang dipercayai terperangkap di dalam rumah semasa kebakaran berlaku. 

Beliau berkata difahamkan pasangan itu tinggal berdua di situ kerana mengusahakan kedai makan, manakala empat anak mereka sudah bekerja di luar Sungai Lembing. 

"Bagaimanapun, setakat ini kita hanya menjumpai satu mayat dalam keadaan rentung di bahagian hadapan rumah mereka. Kita percaya mayat itu adalah wanita kerana memakai perhiasan wanita. 

"Namun begitu, kita masih menanti keputusan ujian forensik hospital untuk mengesahkan identiti mangsa yang ditemui sekitar 6 pagi tadi," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian di sini, hari ini. 

Mohd Sani berkata mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk tindakan selanjutnya. 

Beliau berkata operasi mencari seorang lagi mangsa masih diteruskan setakat ini, dengan bantuan unit anjing pengesan (K9) jabatan berkenaan. 

Kebakaran pada 1.30 pagi tadi membabitkan sebanyak 32 bangunan di Sungai Lembing di sini, meliputi 20 buah premis kedai dua tingkat, 11 unit rumah setingkat dan sebuah perpustakaan. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel