Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tiga ditahan buat panggilan bom palsu di LTAPP


Tarikh kemaskini: 31/08/2019





GEORGE TOWN, 31 Ogos -- Polis menahan tiga individu termasuk seorang wanita warga Indonesia semalam, selepas disyaki terlibat membuat panggilan ancaman bom palsu di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang  (LTAPP), pada 9 Ogos lepas.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt A.A. Anbalagan berkata wanita berusia 38 tahun itu ditahan, sebaik tiba di balai ketibaan LTAPP semalam dari Medan, Indonesia kira-kira pukul 9.10 malam tadi.

"Sebaik menahan wanita itu, polis menahan kekasihnya berumur 38 tahun, yang sedang menunggu untuk menjemputnya di kawasan ketibaan LTAPP, lelaki itu di percayai turut terlibat dalam kejadian panggilan bom palsu tersebut," katanya di sini hari ini.

Katanya susulan penahan pasangan itu, polis menahan seorang lagi lelaki berusia 22 tahun di Jitra, Kedah, yang merupakan rakan kepada suspek lelaki tersebut.

Menurutnya siasatan mendapati nombor telefon bimbit yang digunakan untuk membuat ancaman bom palsu di daftarkan di atas nama wanita Indonesia itu, namun talian itu digunakan oleh teman lelakinya.

Anbalagan berkata siasatan juga mendapati ketika dua lelaki itu dalam perjalanan menghantar wanita Indonesia tersebut ke LTAPP untuk pulang ke Medan pada 9 Ogos lepas, telah berlaku salah faham antara pasangan kekasih berkenaan.

"Bagi menghalang teman wanitanya  pulang ke Medan, kekasihnya telah meminta bantuan rakan lelakinya yang di untuk membuat panggilan bom palsu, dengan harapan jadual penerbangan ke Medan tergendala," katanya.

Katanya lelaki itu mengaku membuat panggilan ancaman bom palsu dengan menggunakan telefon bimbit milik rakanya, setelah di minta oleh lelaki berkenaan, dan mereka membuat  ugutan bom palsu tersebut hanya melibatkan isu peribadi, serta tiada elemen-elemen jenayah yang lain.

Menurutnya pemeriksaan polis bersama pasukan unit anjing pengesan pada 9 Ogos itu turut tidak menemui sebarang bom atau benda berbahaya di kawasan LTAPP.

"Teman lelaki wanita itu mempunyai lima rekod jenayah melibatkan dadah, manakala seorang lagi lelaki mempunyai satu rekod jenayah. Mereka bertiga kini di reman untuk siasatan lanjut," katanya.

Katanya kes itu disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah, dan memberi amaran kepada orang ramai agar tidak melakukan panggilan palsu, kerana ia bukan sahaja menyusahkan pengguna lain di LTAPP, malah merugikan pelbagai pihak termasuk polis serta pengurusan lapangan terbang.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

PPIK - KPDNHEP bincang isu tarik kereta

 
     

Kes Letupan CityOne Megamall : Bicara pengarah mulai 28 Jan

 
     

SPR terpaksa guna pakai persempadanan semula tahun lepas

 
     

Pemanis sokong saranan Anwar Ibrahim semua majlis anjuran kerajaan wajib guna Bahasa Melayu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel