Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

31 premis di Sungai Lembing musnah kebakaran


Tarikh kemaskini: 31/08/2019





KUANTAN, 31 Ogos -- Sebanyak 31 buah premis di Sungai Lembing di sini, musnah keseluruhan pada kebakaran yang berlaku pada 1.20 pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Nor Hisham Mohamad berkata kemusnahan melibatkan 11 buah rumah kongsi setingkat, 19 rumah kedai dua tingkat dan sebuah perpustakaan. 

"Kebakaran dipercayai berlaku sekitar 1.20 pagi dan berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 3.55 pagi. 

"Buat masa ini, pihak kami sedang membuat pemeriksaan menyeluruh kerana difahamkan terdapat sepasang suami isteri yang tidak ditemui dalam kejadian itu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. 

Nor Hisham berkata lima jentera dengan kekuatan 54 pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian, terdiri daripada dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan, Indera Mahkota, Taman Tas dan Gebeng. 

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel