Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Imigresen Pulau Pinang nafi pekerja warga Indonesia ditampar


Tarikh kemaskini: 30/08/2019





Oleh Erma Idayu Mohd Yusop

BUTTERWORTH,30 Ogos -- Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang menafikan pegawainya melakukan kekerasaan dengan menampar seorang pekerja warga Indonesia ketika operasi bersepadu dijalankan di Seberang Prai, kelmarin.

Pengarahnya, Muhamad Husni Mahmud berkata beliau sendiri mengetuai siasatan itu dan mendapati pegawainya tidak menampar pekerja Indonesia berkenaan seperti yang didakwa.

"Berdasarkan siasatan kami mengesahkan pegawai saya tidak menampar pekerja tersebut seperti yang tular malah provokasi bermula dari mereka (pekerja-pekerja Indonesia) sendiri," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Katanya, pihak majikan pekerja Indonesia itu juga telah menghubungi beliau dan akan datang berjumpa dengannya minggu depan untuk memohon maaf atas perkara tersebut.

Menurutnya, beliau juga sentiasa mengingatkan pegawai yang  terlibat dalam operasi warga asing tanpa izin supaya tidak melayan sebarang provokasi daripada mereka serta mengawal emosi ketika bertugas. 

Muhamad Husni berkata pegawainya diingatkan untuk sentiasa menjalankan tugas dengan tegas tapi berhemah.

"Saya harap dengan penjelasan yang diberikan ini dapat membersihkan nama JIM Pulau Pinang," katanya.

Sejak semalam tular, seorang pengguna Facebook dipercayai warga Indonesia dengan nama Dewi Kholifah memuat naik video berkenaan yang berdurasi 28 saat dengan lapan keping gambar ketika operasi bersepadu dijalankan.

Dewi Kholifah membuat dakwaan petugas Imigresen Malaysia menampar pekerja warga asing Indonesia sambil mengeluarkan perkataan tidak sewajarnya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel