Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sultan Nazrin cemar duli berangkat ke Taiping naiki ETS


Tarikh kemaskini: 30/08/2019





TAIPING, 30 Ogos  -- Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim hari ini berkenan mencemar duli berangkat ke Taiping, menaiki Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS), kali kedua dalam tempoh sebulan. 

Turut berangkat kedua-dua anakanda pasangan diraja itu, Raja Kecil Besar Raja Azlan Muzzaffar Shah dan Puteri Sultan Perak Raja Nazira Safya.

Baginda sekeluarga berlepas dari Stesen Kuala Lumpur Sentral kira-kira 3.05 petang dan tiba di Stesen Keretapi Taiping pada 6.30 petang. 

Orang ramai yang berada di Stesen Taiping  tidak melepaskan peluang merakam gambar ketibaan keluarga diraja itu. 

Malam ini, Sultan Nazrin dan Tuanku Zara dijadual berangkat ke sambutan ambang Hari Kebangsaan 2019 di Taman Tasik Taiping di sini. 

Pada 10 Ogos lalu, Sultan Nazrin dan keluarga turut menggunakan perkhidmatan ETS untuk berangkat pulang ke Ipoh selain pernah menaiki perkhidmatan Transit Ali­ran Massa (MRT) sewaktu berada di ibu negara.

-- BERNAMA 


 

   

 
 
     
   
 

LZS akan terus beri kerjasama kepada SPRM dalam siasatan libatkan dana LZS dan RTM

 
     

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel