Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sebar kasih sayang bukannya kebencian - Chong Wei


Tarikh kemaskini: 30/08/2019





KUALA LUMPUR, 30 Ogos -- Lagenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei mahukan rakyat Malaysia untuk menyebarkan rasa kasih sayang kita, dan bukannya bukannya membunuh keunikan kehidupan berbilang kaum Malaysia dengan isu-isu remeh.

Beliau yang berusia 36 tahun itu, meminta  seluruh rakyat Malaysia untuk melihat kembali kepada sejarah ketika skuad badminton negara, yang diketuai Datuk Razif Sidek memenangi Piala Thomas pada tahun 1992.

Pasukan itu membawa seluruh negara bersama dengan kemenangan 3-2 ke atas Indonesia, dalam perlawanan akhir di Stadium Negara, dan juga di setiap kopitiam, kedai mamak dan rumah di seluruh pelusuk Malaysia merayakan kemenangan istimewa itu.

“Ketika Malaysia menang Piala Thomas pada 1992, Pengurus Pasukan, Punch Gunalan; Ketua Pasukan, Razif, Rashid (Sidek) pemain paling hebat; Kok Keong (Foo Kok Keong), seorang pejuang dan Beng Kiang (Soo Beng Kiang) memberikan pukulan smash kemenangan.

“Ia contoh Malaysia yang terbaik, berbilang bangsa. Jangan bunuhnya,” katanya dalam hantaran terkini dalam Facebooknya sempena Hari Kebangsaan 2019, esok.

Bekas pemain nombor satu dunia itu, membuat keputusan mengantung raketnya pada 12 Jun, menyatakan beliau kerap meluangkan masa di media sosial seperti masa dahulu, kerana beliau berasa tidak senang dengan kandungan, yang sering tersiar pada masa ini.

Katanya, rakyat Malaysia tidak sepatutnya membiarkan isu-isu remeh atau mana-mana kumpulan kecil yang menyebarkan kebencian kaum merosakkan negara.

“Kita orang Malasia lepak sekali, mamak sekali, menjaga antara satu sama lain tanpa mengira kaum. Kita bersorak untuk Malaysia. Adakah kita akan berhenti lakukannya hanya kerana satu suara tak di kenali?

“Rakyat Malaysia adalah lebih besar daripada itu. Tunjukkan kita jauh lebih teguh daripada semua yang merepek ini. Sebarkan kasih sayang dan bukannya kebencian!,” katanya.

Beliau juga melihat pada tahun 2006 di akhir Terbuka Malaysia ketika beliau menghadapi Lin Dan di final dan ketinggalan 13-20, di mana beliau hampir putus asa, dan memikirkan apa yang hendak beliau makan untuk makan malam.

Chong Wei akui yang pada masa itu beliau penat dan kecewa, namun apabila beliau melihat kepada penyokong, beliau lihat seluruh Malaysia sedang mendoakan beliau untuk menang, dan itu memberikan beliau semangat untuk terus melawan.

“Saya pandang kepada penyokong. Sokongan padu mereka tidak berkurangan. Kemudian saya nampak seorang kanak-kanak perempuan Melayu, mungkin lapan tahun, mengangkat kedua-dua tangannya sambil menutup matanya. Dia sedang berdoa untuk saya. Di bahagian lain stadium, saya nampak seorang wanita India menangis. Saya tak pasti beliau menangis kerana saya atau tidak, tetapi saya rasakan ya.

“Kemudian di sudut lain, anak rakan saya, seorang kanak-kanak cina berusia 10 tahun, menjerit nama saya dengan kuat hinggakan pengadil meminta agar beliau mengurangkan jeritannya.

“Saya tahu saya tidak boleh putus asa. Seluruh Malaysia doakan saya untuk menang. Malaysia yang terdiri daripada kawan, Ah ne dan Heng Dai. Malaysia yang berbilang kaum. Malaysia ,yang saya makan Roti Canai untuk sarapan, Nasi Lemak untuk tengah hari dan Char Koey Tiao untuk makan malam,” tambahnya lagi.

Chong Wei kemudiannya melakukan satu keajaiban dan mengejutkan pemain nombor satu dunia itu untuk beliau memenangi gelaran perseorangan lelaki Terbuka Malaysia buat kali ketiga di Stadium Perpaduan di Kuching.

Walaupun berada pada kedudukan hampir tewas dengan mata 13-20 pada set ketiga, Chong Wei yang pada ketika itu berusia 24 tahun, mengejar semula untuk menang 21-18, 18-21 dan 23-21 dalam masa 70 minit yang penuh mendebarkan.

“Saya mahu anak dan cucu saya untuk ada rakan Melayu dan India. Saya mahu mereka rasa selamat di Malaysia. Saya mahu mereka berjuang demi negara, bagaimana yang telah saya lakukan untuk anda semua untuk dekad yang lepas.

“Selamat Hari Jadi, Tanah tumpahnya darah ku. Kesetiaaan kepada Raja dan Negara,” tambahnya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     

Jerebu jejas pendapatan peniaga Tamu Ahad Sabindo

 
     

Jerebu tidak halang orang ramai beriadah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel