Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tandas masjid perlu bersih syarat mohon alat pendingin hawa - Ahmad


Tarikh kemaskini: 30/08/2019





KOTA BHARU, 30 Ogos -- Setiap masjid di negeri ini disyaratkan supaya menjaga kebersihan tandas terlebih dahulu, sekiranya mahu memohon peruntukan alat pendingin hawa, kata Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.

Beliau berkata syarat yang dikenakan itu merupakan antara inisiatif kerajaan negeri, supaya tahap kebersihan di mana-mana kawasan sentiasa terjaga terutama di masjid.

"Kita mahu menyambut hasrat kerajaan supaya tahap kebersihan sentiasa dijaga. Bukan sekadar bersih tetapi benar-benar bersih.

"Sebelum ini kita memang sentiasa menyampaikan maklumat dan kempen mengenai kebersihan, tetapi sambutannya kurang dan kali ini kita melaksanakan program dengan menekankan tema "Bersih, Ceria dan Kehijauan", memandangkan kebersihan adalah tuntutan agama," katanya selepas melancarkan PK Comel di Medan Ilmu di sini, hari ini.

Mengenai program PK Comel (fikiran bersih) Ahmad berkata ia adalah program khusus kepada peniaga serta orang ramai, supaya sentiasa berfikir untuk menjaga kebersihan di kawasan mereka berniaga.

Beliau berkata di Medan Ilmu sendiri terdapat hampir 400 peniaga dan penjaja yang didaftarkan, dan mereka perlu sentiasa menjaga kebersihan di kawasan berkenaan.

"Selain menjaga kebersihan, mereka juga diharap dapat mendidik anak-anak serta pengunjung di situ, supaya turut sama menjaga kebersihan.

"Sebelum ini program seumpama ini telah dijalankan di Pasar Malam Parit Dalam di sini, dengan menghimpunkan ratusan peniaga dan ia akan diperluaskan ke pasar-pasar lain selepas ini," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     

7,000 murid KAFA cipta rekod MBOR, hasilkan peta minda terbanyak

 
     

HOSHAS catat sejarah pembedahan katarak terbesar dalam dua hari

 
     

Terapi seni penjara beri kesan positif pada banduan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel