Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Insiden tanah runtuh: Pihak berkuasa tempatan Pulau Pinang bincang cadangan Suruhanjaya


Tarikh kemaskini: 29/08/2019





GEORGE TOWN, 29 Ogos - Pasukan yang diketuai oleh Exco Pulau Pinang Jagdeep Singh Deo akan berbincang dengan agensi-agensi berkaitan mengenai cadangan oleh Suruhanjaya Siasatan  berhubung kejadian tanah runtuh di Tanjung Bungah, dekat ini yang mengorbankan 11 pekerja dua tahun lepas.

Ketika mengumumkan demikian, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata ada beberapa cadangan agar majlis tempatan dan pihak berkuasa tempatan yang lain arus mengkajinya bagi mengelakkan kejadian seperti itu daripada berlaku pada masa depan.

"Saya telah mengarahkan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa negeri, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan agensi lain yang berkaitan untuk mengadakan mesyuarat berkaitan garis panduan pembangunan di kawasan cerun bukit dan perkara lain yang suruhanjaya berpendapat perlu dikaji.

"YB Jagdeep akan mengetuai pasukan untuk meneliti cadangan dan dalam masa satu bulan mereka akan melaporkan kembali kepada Jawatankuasa Perancang Negeri tentang apakah tindakan yang dicadangkan oleh majlis itu untuk menambah baik garis panduan dan proses untuk memastikan insiden itu tidak berulang,” kata beliau pada sidang media di sini.

Semalam, Chow membentangkan laporan Suruhanjaya itu yang mengandungi 116 halaman mengenai kejadian tapak kerja di Tanjung Bungah yang juga mengandungi sembilan cadangan bagi mengelakkan insiden seperti itu.

Suruhanjaya itu, antara lain, mengesyorkan MBPP segera menyusun dan menguatkuasakan dasar bahawa tiada projek pembangunan harus dibenarkan untuk memulakan apa-apa kerja (termasuk kerja tanah), kecuali dan sehingga seorang jurutera residen yang berkelayakan diambil bekerja dan ditempatkan di tapak untuk mengawasi kerja-kerja pembinaan .

Suruhanjaya juga mencadangkan agar Garis Panduan Keselamatan untuk Pembangunan Kawasan Cerun 2012 dipinda, untuk menjadikannya terpakai bagi mana-mana dan semua cerun (sama ada kekal atau sebaliknya), semulajadi atau buatan manusia (dan sama ada yang sedia ada atau hanya dibentuk kemudian semasa pembinaan)..

Dapatan Suruhanjaya berkenaan juga menunjukkan bahawa kegagalan cerun adalah tragedi yang disebabkan oleh manusia yang dapat dicegah sepenuhnya.

Dalam kejadian yang berlaku 8.57 pagi pada 21 Okt 2017, tanah runtuh yang berlaku di Lengkok Lembah Pantai, Tanjung Bungah menyebabkan seorang warga tempatan, lima warga Bangladesh, dua rakyat Indonesia, dua warga Myanmar dan seorang warga Pakistan maut.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     

MBM cadangkan supaya ijazah graduan protes ketika graduasi ditahan sehingga mohon maaf

 
     

PPIK - KPDNHEP bincang isu tarik kereta

 
     

Kes Letupan CityOne Megamall : Bicara pengarah mulai 28 Jan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel