Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Agong, Permaisuri berangkat ke Tahlil Almarhum Sultan Ahmad Shah


Tarikh kemaskini: 29/08/2019





KUANTAN, 29 Ogos -- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mencemar duli berangkat ke Majlis Tahlil 100 hari kemangkatan Almarhum Sultan Ahmad Shah di Masjid Sultan Ahmad 1 di sini. 

Baginda yang diiringi Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat tiba di masjid itu pada 6.55 petang. 

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah dan Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail serta barisan pentadbiran negeri Pahang. 

Majlis bacaan Yassin dan Tahlil itu dipimpin imam masjid berkenaan, Mohd Khalil Mohd Zari kemudiannya diikuti solat Maghrib. 

Almarhum Sultan Ahmad Shah mangkat pada 8.50 pagi 22 Mei lalu di Institut Jantung Negara (IJN) pada usia 88 tahun.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     

7,000 murid KAFA cipta rekod MBOR, hasilkan peta minda terbanyak

 
     

HOSHAS catat sejarah pembedahan katarak terbesar dalam dua hari

 
     

Terapi seni penjara beri kesan positif pada banduan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel