Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Jalan sekitar Taman Tasik Taiping ditutup sempena Sambutan Ambang Merdeka


Tarikh kemaskini: 29/08/2019




TAIPING, 29 Ogos (Bernama) -- Jalan sekitar Taman Tasik Taiping akan ditutup dan dilencongkan sempena Sambutan Ambang Merdeka 2019 di Front Lake Taman Tasik Taiping, pada esok.

Ketua Polis Daerah Taiping ACP Osman Mamat dalam satu kenyataan berkata jalan sekitar Taman Tasik Taiping akan dijadikan laluan sehala bermula 7 petang esok sehingga 1 pagi, 31 Ogos.

Lencongan juga akan melibatkan jalan dari arah lampu isyarat penjara, iaitu hanya dibenarkan kenderaan awam bergerak satu hala menghala ke arah Hotel Flaminton manakala laluan dari arah Hotel Flaminton menuju ke lampu isyarat penjara ditutup sepenuhnya, katanya.

"Dari Hotel Flaminton menghala ke Food Court Taman Tasik (Bangunan Kamal Bina) juga di buka satu hala untuk kenderaan awam manakala dari Food Court menghala ke Hotel Flaminton akan ditutup sepenuhnya kepada kenderaan awam.

"Jalan lain ditutup ialah Jalan Kota (Perpustakaan Awam Taiping) sehingga Jalan Maharajalela (Bangunan Kamal Bina juga akan ditutup sepenuhnya untuk kenderaan awam," katanya sambil menambah tujuan lencongan dan notis ini bagi melancarkan pergerakan kenderaan awam dan juga memberitahu awal supaya para pengunjung dapat merancang perjalanan dengan baik.

Selain itu, beliau meminta para pengunjung agar menjaga keselamatan diri serta harta benda persendirian supaya dapat mengelakkan daripada sebarang kes-kes kecurian dan sebagainya.

"Pengunjung-pengunjung diminta agar dapat memberi kerjasama kepada petugas-petugas Polis Trafik dan juga petugas-petugas penguatkuasa Majlis Perbandaran Taiping bagi melancarkan program ini dan perjalanan anda," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     

MBM cadangkan supaya ijazah graduan protes ketika graduasi ditahan sehingga mohon maaf

 
     

PPIK - KPDNHEP bincang isu tarik kereta

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel