Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

JKDM Kelantan rampas 4,000 kg daging babi hutan di Tumpat


Tarikh kemaskini: 29/08/2019





TUMPAT, 29 Ogos (Bernama) -- Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas sejumlah 4,000 kilogram daging babi hutan bernilai RM40,000 dalam dua serbuan di pangkalan haram di Pengkalan Kubor di sini, hari ini.

Pengarah JKDM Kelantan Mohd Rakbi Mat Saud berkata rampasan dilakukan oleh Pasukan Operasi Marin JKDM selepas mendapat maklumat awam.

“Rampasan pertama dilakukan pada pukul 2.40 pagi tadi selepas menahan sebuah bot ikan di pangkalan haram Mentua bersama seorang tekong dan hasil pemeriksaan menemui sejumlah daging babi hutan seberat 2,800 kilogram (kg)

“Rampasan kedua pula dilakukan pada pukul 7.30 pagi selepas Pasukan Operasi Marin JKDM menahan sebuah bot enjin galah di pangkalan haram Haji Rashid yang membawa 1,200 kg daging babi bernilai RM12,000,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat JKDM Pengkalan Kubor di sini, hari ini.

Mohd Rakbi berkata kesemua daging babi dan dua bot berkenaan dibawa ke Jeti JKDM Pengkalan Kubor untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kesemua daging babi yang dirampas daripada dua serbuan itu dipercayai akan diseludup ke Thailand berikutan permintaan yang tinggi di sana.

"Siasatan juga mendapati kesemua daging babi itu dimiliki oleh seorang individu yang sama dan diperolehi dari Terengganu.

"Keseluruhan nilai rampasan termasuk dua buah bot adalah RM74,000. Kes akan disiasat di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang 10 kali ganda nilai barang atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel