Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kelantan sambut baik program makanan percuma kepada murid tahun depan


Tarikh kemaskini: 28/08/2019





KOTA BHARU, 28 Ogos -- Kerajaan Kelantan menyambut baik langkah Kementerian Pendidikan yang mahu menyediakan 'sarapan percuma' kepada 2.7 juta murid sekolah rendah mulai Januari tahun hadapan.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah bagaimanapun berkata makanan yang disediakan mestilah berkualiti supaya tercapai maksud, dan pelaksanaannya pula bukanlah dengan tujuan semata-mata untuk beri projek kepada pihak-pihak tertentu sahaja.

"Kita menyambut baik langkah kementerian dalam melaksanakan program makanan pagi dan petang secara percuma sebelum sesi pembelajaran bermula. Apa yang penting, makanan yang disediakan itu berkhasiat dan seimbang," katanya kepada pemberita ketika mengulas mengenai program yang akan dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan itu.

Semalam, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, melalui program itu nanti murid di sekolah rendah akan disediakan makanan enak berpandukan menu sihat dan berkhasiat mulai 2020.

Katanya program itu diperkenalkan secara perintis di beberapa sekolah bertujuan membina sahsiah dan kecerdasan murid dan dijangka akan diperluaskan ke sekolah menengah dalam tempoh masa yang masih belum ditetapkan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Gajah mati ditembak: tiga lagi didakwa

 
     

Jalan sekitar Ipoh ditutup sempena Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2019

 
     

Beruang matahari diselamatkan dari rumah panjang di Betong

 
     

Zaman persekolahan nakal tapi hormat ibu bapa, guru - KPN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel