e9NeUN8ZwzA Bebaskan penyu simbolik aspirasi merdeka KPJ Pahang
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Bebaskan penyu simbolik aspirasi merdeka KPJ Pahang


Tarikh kemaskini: 28/08/2019





KUANTAN, 28 Ogos -- Aspirasi merdeka Hospital Pakar KPJ Pahang bukan hanya menerapkan semangat kebebasan, namun turut menitikberatkan aspek pemuliharaan alam sekitar dalam intipatinya. 

Pengerusi Mohd Johar Ismail berkata sebagai simbolik kepada semangat kemerdekaan tahun ini, mereka memilih untuk 'membebaskan' 500 ekor anak penyu belimbing dalam usaha meningkatkan populasi spesis berkenaan. 

"Makna merdeka bukan sekadar kebebasan kepada kita, namun turut boleh diterjemahkan kepada kesinambungannya yang berterusan... jadi dengan membebaskan anak penyu, kami berharap ini dapat membantu mengawal habitat dan ekosistem alam secara berterusan. 

"Usaha ini juga diharapkan dapat meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kepentingan untuk kita bersama-sama memainkan peranan menyelamatkan alam sekitar buat generasi akan datang," katanya. 

Mohd Johar berkata demikian kepada pemberita semasa ditemui pada Program Pelepasan Anak Penyu sempena Hari Kebangsaan 2019 di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Cherating di sini, semalam. 

Program itu disertai 150 kakitangan dan barisan pentadbiran hospital itu antanya Pengarah Eksekutif Dr Munirah Khudri, Ketua Pegawai Eksekutif Yasser Arafat Ishak dan Pengarah Perubatan Datuk Dr Ngun Kok Weng. 

Pada program itu, Mohd Johar juga menyampaikan sumbangan RM1,521 daripada warga KPJ Pahang bagi membantu perbelanjaan pusat konservasi penyu tersebut. 

-- BERNAMA 


 

   

 
 
     
   
 

Kedah nafi keluarkan watikah kurniaan Ahli Kehormat DiRaja

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort 448 orang

 
     

PGA9 rampas rokok putih bernilai RM750,000

 
     

Sambutan filem 'Garang - Aku Luar Biasa' mengenai atlet paralimpik kurang memberangsangkan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel