oH2yy2vLBvg Kira-kira 11,300 murid di Pasir Gudang diarah cuti sepanjang UPSR
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kira-kira 11,300 murid di Pasir Gudang diarah cuti sepanjang UPSR


Tarikh kemaskini: 27/08/2019





JOHOR BAHRU, 27 Ogos (Bernama) -- Kira-kira 11,300 murid darjah 1 hingga 5 dari 12 sekolah ‘hotspot’ insiden pencemaran udara di sini pada Jun lepas akan dicutikan sepanjang peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) berlangsung kelak.  

Sekolah itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kopok, SK Tanjung Puteri Resort, SK Taman Scientex, SK Kota Masai, SK Pasir Gudang 4, SK Taman Bukit Dahlia, SK Taman Megah Ria, SK Taman Pasir Putih, SK Taman Rinting 3, SK Pasir Gudang 1, SK Pasir Gudang 3 dan SK Kota Masai 3. 

Semua sekolah ini terletak kira-kira lima kilometer radius dari kawasan perindustrian Pasir Gudang.

Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Gudang, Jasni Omar berkata pemberian cuti bermula 4 hingga 11 Sept itu dibuat sebagai langkah berjaga-jaga, sekiranya berlaku lagi insiden yang tidak diingini. 

“Bermakna sepanjang tempoh itu, cuma hanya ada 2,175 calon UPSR sahaja di sekolah, tidak akan ada murid lain dari darjah lain. 

“Selain itu, kita menggalakkan pihak sekolah supaya menempatkan calon UPSR di tingkat satu dan dua bangunan sekolah kerana kita sudah dinasihatkan untuk berbuat demikian oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS),” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Kempen Kesedaran mengenai Pengetahuan Keselamatan Diri di Pasir Gudang di SK Taman Megah Ria hari ini.

Jasni berkata, pihaknya juga mendapat jaminan daripada pelbagai agensi termasuk JAS dan Jabatan Kesihatan untuk membantu sekolah membuat persiapan yang perlu sepanjang tempoh peperiksaan itu.

“Untuk peperiksaan seterusnya, kita merancang melakukan usaha yang sama iaitu ketika berlangsungnya peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM),” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim yang hadir melancarkan kempen itu berkata, dengan kesiapsiagaan yang dilakukan pihak Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang itu, beliau berharap ibu bapa akan lebih yakin menghantar anak mereka untuk menduduki peperiksaan. 

Selain itu, pihak Pejabat Pendidikan Daerah dengan kerjasama sebuah pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) Ihsan Johor dan syarikat 3M Sdn Bhd juga akan mengedarkan 1,000 unit topeng muka jenis model 9042 yang mengandungi “activated carbon” yang boleh meneutralkan bau kepada calon-calon UPSR yang terlibat.

-- BERNAMA 

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel