Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

JAIM lulus 391 sijil halal sehingga Julai lepas


Tarikh kemaskini: 27/08/2019




MELAKA, 27 Ogos -- Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) meluluskan 391 permohonan syarikat di negeri ini merangkumi tujuh sektor bagi pensijilan halal Malaysia, sehingga Julai lepas. 

Pengarah JAIM Md Azhan Samat berkata daripada jumlah itu syarikat dari sektor produk makanan mencatatkan pemegang sijil pengesahan halal paling tinggi iaitu 283, diikuti premis makanan (45), hotel (37), barang gunaan (13), rumah sembelih (tujuh), pengeluar peralatan tulen (OEM) (empat) dan kosmetik (dua).

“Sijil halal ini dikeluarkan selepas syarikat yang terlibat mematuhi aspek syariah, kebersihan, kesucian dan keselamatan seperti mana yang digariskan dalam panduan halal Malaysia.

“Sekiranya ada syarikat atau industri di negeri ini yang ingin mengetahui bagaimana cara permohonan sijil halal, mereka boleh menghubungi Bahagian ?Pengurusan Halal JAIM di talian 06-3333333 sambungan 3612,” katanya kepada Bernama di sini.  

Beliau berkata kadar caj bayaran permohonan adalah serendah RM200 bagi industri kecil, RM800 bagi industri kecil dan sederhana (IKS) serta RM1,400 bagi industri multinasional.

Katanya setiap sijil pengesahan halal yang dikeluarkan oleh JAIM adalah sah laku bagi tempoh dua tahun dan sebarang permohonan pembaharuan sijil, hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum tarikh tamat sijil sedia ada.

Untuk rekod, 411 permohonan pensijilan halal diterima JAIM pada tahun lepas berbanding 388 pada 2017.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel