Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Terengganu sambut baik cadangan SPRM wujudkan unit integriti di pejabat MB


Tarikh kemaskini: 26/08/2019





BANDAR PERMAISURI, 26 Ogos (Bernama) -- Terengganu menyambut baik cadangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mewujudkan unit integriti di pejabat menteri besar sebagai usaha mencegah amalan rasuah atau penyelewengan di dalam pentadbiran negeri.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata perkara itu akan dibincangkan di peringkat kerajaan negeri termasuk mengenai cara pelaksanaannya supaya objektif yang diingini tercapai.

“Kami akan bincang di peringkat kerajaan (negeri) sama ada mengambil pegawai yang dipinjamkan dari SPRM atau memilih pegawai daripada kerajaan negeri sendiri yang kami latih dari segi integriti dan pencegahan rasuah.

“Kami boleh hantar pegawai kami ke ibu pejabat SPRM untuk mendapatkan latihan tertentu dan setelah itu kembali bertugas,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Borang 5A Peringkat Daerah Setiu 2019 di Dewan Serbaguna Sungai Tarom, di sini hari ini.

Terdahulu Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya dalam satu majlis di Kuala Terengganu hari ini menyeru semua negeri mencontohi langkah Sarawak yang mengambil tindakan itu dengan mewujudkan Unit Integriti dan Ombudsman Negeri (UNION).

Katanya langkah itu bagi mengelak sebarang tohmahan terhadap pentadbiran tertinggi kerajaan negeri dan memulakan proses ketelusan pentadbiran.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     

7,000 murid KAFA cipta rekod MBOR, hasilkan peta minda terbanyak

 
     

HOSHAS catat sejarah pembedahan katarak terbesar dalam dua hari

 
     

Terapi seni penjara beri kesan positif pada banduan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel