Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lima pelajar SMK Bandar Baru Uda sesak nafas ekoran kebakaran koperasi


Tarikh kemaskini: 26/08/2019





JOHOR BAHRU, 26 Ogos -- Lima pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Uda, di sini, dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) akibat sesak nafas ekoran kebakaran bilik koperasi sekolah berkenaan hari ini.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Bahru PBK II (Pegawai Bomba Kanan) Lasidin Nariano berkata kesemua mereka mengalami sesak nafas kerana berjemur lama di bawah sinaran matahari terik di tempat berkumpul sekolah itu selepas berlakunya kebakaran terbabit.

“Sesak nafas itu bukan disebabkan oleh asap (kebakaran). Ketika kejadian, bilik koperasi tersebut tiada orang di dalamnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Lasidin berkata bomba menerima panggilan kecemasan kebakaran itu pada 9.32 pagi tadi dan seramai 18 anggota bersama tiga jentera BBP Johor Bahru serta sebuah jentera Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) digegaskan ke tempat kejadian.

Beliau berkata operasi pemadaman kemudian turut dibantu sembilan anggota bersama dua jentera dari BBP Tebrau.

“Kebakaran melibatkan sebuah bilik koperasi sekolah berkeluasan 20x20x15 kaki yang terbakar 60 peratus,” katanya.

Beliau berkata punca dan anggaran kerugian akibat kebakaran itu masih disiasat.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel