Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tawan lapan bukit serentak sempena bulan kemerdekaan


Tarikh kemaskini: 26/08/2019






KUALA NERUS, 26 Ogos -- Pelbagai cara yang unik dan kreatif dilakukan rakyat Malaysia untuk menunjukkan rasa cinta kepada negara lebih-lebih lagi di bulan kebangsaan ini.

Di Terengganu lebih 3,000 peminat aktiviti sukan lasak secara serentak menawan lapan bukit terpilih di negeri ini melalui program ‘Terengganu Merdeka Hike’, baru-baru ini.

Penyelaras program, Leftenan Kolonel Che Adam A Rahman berkata program yang julung kali diadakan itu adalah hasil inisiatif beberapa pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan kelab sukan lasak termasuk 'Hiking Maras Community', 'Bauk Hikers', 'Tac Outdoor' dan Kaki Kabat.

Beliau berkata walaupun berkonsepkan santai, ia mampu menanam semangat patriotik di kalangan anak muda dengan aktiviti mengibar bendera dan nyanyian lagu kebangsaan sepanjang pendakian.

"Antara lokasi yang terlibat ialah Bukit Keluang, Bukit Besar, Bukit Maras, Bukit Belimbing dan Bukit Harimau Menangis.

"Peserta pula terdiri daripada pelbagai bangsa dan usia yang datang bersama-sama untuk menakluk lapan puncak bukit serta mengibar jalur gemilang," katanya. 

Che Adam yang juga Pengarah Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) Terengganu berkata pihaknya berhasrat untuk neneruskan aktiviti tersebut pada masa akan datang berikutan sambutan yang amat menggalakkan.

“Kita dapat lihat walaupun rata-rata peserta terdiri daripada pelbagai latar belakang dan tidak kenal antara satu sama lain, mereka dapat bekerjasama. Inilah semangat dan identiti sebenar rakyat Malaysia yang kita mahu tonjolkan," katanya.
-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     

7,000 murid KAFA cipta rekod MBOR, hasilkan peta minda terbanyak

 
     

HOSHAS catat sejarah pembedahan katarak terbesar dalam dua hari

 
     

Terapi seni penjara beri kesan positif pada banduan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel