Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sesi pembelajaran SMK Tanjung Andang masih diteruskan


Tarikh kemaskini: 25/08/2019




KLUANG, 25 Ogos (Bernama) -- Sesi pembelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Andang Iskandar Puteri yang terletak berhampiran kawasan hutan yang terbakar sejak dua hari lepas, masih berlangsung seperti biasa setakat ini.

Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Johor (Pembelajaran), Sallina Hussain berkata pihaknya belum menerima apa-apa keputusan atau arahan daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri untuk menutup sementara atau memberikan cuti kepada sekolah berkenaan.

“Setakat ini, kita (Jabatan Pendidikan) memberi mask  kepada pelajar. Selagi tidak dimaklumkan oleh DOE (JAS) untuk cuti, kami (pihak sekolah) akan teruskan pembelajaran seperti biasa,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada Program Transformasi Minda Anak Muda Gugusan Belitong dan Tindak Susul Isu Pendidikan di Parlimen di Sekolah Menengah Kebangsaan LKTP Belitong di sini, hari ini, yang dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.

Sallina berkata beliau difahamkan kira-kira 60 peratus kawasan hutan yang terbakar itu telah dapat dipadamkan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. 

“Daripada laporan semalam, keadaannya (kebakaran) sudah terkawal dan kebakaran pula berlaku hanya satu kilometer daripada sekolah,” katanya.

Kebakaran yang dipercayai bermula petang Jumaat itu melibatkan kebakaran hutan di kawasan seluas 16 hektar.

Operasi pemadaman kini sedang giat dijalankan oleh anggota dari 10 balai bomba di kawasan Zon 1, Johor dengan bantuan jentolak dari Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan penduduk tempatan.

Kebakaran bertambah buruk dipercayai akibat cuaca panas dan kering yang melanda negeri ini.

-- BERNAMA   


 

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel