Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Warga emas rugi RM67,000 ditipu polis palsu


Tarikh kemaskini: 25/08/2019




KUANTAN, 25 Ogos -- Seorang pesara syarikat penghantaran mendakwa kerugian RM67,000 selepas 'termakan' helah pegawai polis palsu yang kononnya menjalankan siasatan terhadapnya bagi kesalahan judi dan wang haram.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa yang berusia 69 tahun mendakwa dihubungi individu yang memperkenalkan dirinya sebagai Insp Yong pada Isnin lalu, kononnya berkhidmat di Kuala Lumpur. 

Mangsa berkata mula berasa takut apabila Insp Yong mengugut mahu menghantar perintah Mahkamah Kuala Lumpur kepadanya selain turut membacakan beberapa akta yang dikatakan boleh digunakan terhadap dirinya. 

"Suspek dikatakan telah menyambungkan panggilan kepada dua rakannya yang turut menyamar sebagai anggota polis dan memberitahu mangsa akan dipenjarakan atas kesalahan tersebut. 

“Apabila panggilan disambung semula kepada Insp Yong, suspek mengarahkan mangsa untuk memindahkan simpanannya ke akaun lain, kononnya untuk siasatan Bank Negara dan akan dipulangkan dalam tempoh seminggu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Wazir berkata mangsa yang telah membuat  beberapa transaksi pemindahan wang hanya menyedari ditipu semalam, setelah menceritakan kejadian itu kepada anaknya.

Susulan itu, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh dekat sini dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     

7,000 murid KAFA cipta rekod MBOR, hasilkan peta minda terbanyak

 
     

HOSHAS catat sejarah pembedahan katarak terbesar dalam dua hari

 
     

Terapi seni penjara beri kesan positif pada banduan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel