Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pengerusi Bersatu Johor buat laporan polis berhubung isu ugut penjawat awam


Tarikh kemaskini: 24/08/2019





JOHOR BAHRU, 24 Ogos (Bernama) -- Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor Mazlan Bujang hari ini membuat satu laporan polis berhubung dakwaan beliau mengugut seorang penjawat awam supaya kilang-kilang yang disita di Pasir Gudang ekoran kejadian pencemaran, dibenarkan beroperasi semula seperti biasa.

Mazlan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa membuat laporan berkenaan di Balai Polis Bandar Dato Onn, di sini, kira-kira 5.30 petang.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan terbabit, Mazlan berkata tujuan beliau membuat laporan itu adalah untuk menyatakan perkara sebenar dan membolehkan siasatan lanjut mengenai dakwaan itu dilakukan pihak berkuasa.

"Seperti tular di laman Facebook, ia memang betul suara saya (rakaman suara panggilan telefon kepada penjawat awam), tetapi tiada perkataan saya menyuruh membuka (beroperasi semula) kilang haram. Suara saya jelas adalah untuk membantu pengusaha kecil yang terjejas di kawasan Kampung Pasir Putih.

"Saya hanya menelefon sebagai tanggungjawab wakil rakyat. Saya bercakap untuk meminta pihak berkuasa membolehkan semula operasi peniaga berkenaan,” katanya.

Mazlan yang dihubungi semalam, dilaporkan berkata isu ugutan itu adalah fitnah dan berniat jahat untuk menimbulkan persepsi kurang baik beliau terhadap masyarakat selain dimanipulasikan daripada keadaan sebenar yang berlaku.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel