Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Melaka yakin capai sasaran 20 juta pelancong


Tarikh kemaskini: 24/08/2019





MELAKA, 24 Ogos (Bernama) --  Kerajaan negeri yakin sasaran 20 juta pelancong sempena Tahun Melawat Melaka 2019 mampu dicapai berdasarkan bilangan kira-kira 18 juta pengunjung ke Melaka dicatatkan hingga suku ketiga tahun ini.

Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Melaka, Datuk Muhamad Jailani Khamis berkata, jumlah sedia ada menunjukkan sasaran tahun ini berada di landasan tepat dan pihaknya percaya angka itu dapat dicapai sehingga penghujung tahun ini.

"Kita masih ada tempoh lima bulan untuk mencapainya, namun satu kejayaan juga kita telah melepasi jumlah kunjungan pelancong ke negeri ini tahun lalu iaitu sebanyak 17 juta pengunjung.

Beliau berkata kerajaan negeri akan mempromosikan sektor pelancongan dengan lebih agresif seiring dengan kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 yang menyasarkan 30 juta pelancong .

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan ‘Melaka Food Festival 2019 dan 'Visit Truly Asia Malaysia 2020’ peringkat negeri di Jalan Kota, Banda Hilir di sini, hari ini.

Beliau berkata, antara usaha dilaksanakan ialah mengadakan program pelancongan dan lawatan ke luar negara antaranya ke Chengdo dan Beijing di China, Macau, Jepun selain London dan Jerman untuk mempromosi Melaka sebagai destinasi pelancongan.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel