Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Dua anggota polis cedera kereta peronda terbakar


Tarikh kemaskini: 24/08/2019





JOHOR BAHRU, 24 Ogos (Bernama) -- Dua anggota polis cedera apabila kereta peronda dinaiki  terbabas dan terbakar ketika mengejar sebuah kereta di Jalan Persiaran Nusa Damai, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Ismail Dollah berkata kejadian berlaku kira-kira 3.30 pagi ketika kedua-dua Lans Koperal itu yang sedang menjalankan rondaan cegah jenayah di Jalan Nusa Damai Utama telah mengesan sebuah kenderaan yang dipandu dalam keadaan mencurigakan

Beliau berkata kedua-dua anggota itu kemudian menghampiri kenderaan tersebut dengan membunyikan siren dan memasang ‘beacon light’ sambil mengarahkan pemandu kereta berkenaan berhenti, namun pemandu kereta tersebut terus memecut laju dan memaksa polis mengejarnya.

“Selepas membuat pusingan U, pemandu (kereta polis) gagal mengawal kenderaan setelah terlanggar bonggol jalan raya lalu terbabas di tepi jalan sebelum terbalik.

“Akibat kemalangan tersebut, kereta peronda polis jenis Proton Wira itu terbakar namun kedua-dua anggota terbabit berjaya menyelamatkan diri,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Ismail berkata kedua-dua anggota lelaki itu kemudian dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Sultan Ismail, di sini.

Katanya, usaha mengesan kereta dan suspek yang dikejar polis dalam kejadian itu masih dijalankan.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel