Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

MCRA jalin usaha sama dengan persatuan francais dan rantaian China 


Tarikh kemaskini: 24/08/2019




KUCHING, 24 Ogos (Bernama) — Persatuan Rantaian Peruncit Malaysia (MRCA) menjalin kerjasama strategik dengan Beijing MXJ Information Technology Co. Ltd. wakil dari Persatuan Francais dan Rantaian Runcit China, untuk meningkatkan kerjasama dalam industri francais dan sektor peruncitan di Malaysia dan China.

Menurut kenyataan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal ehwal Pengguna, memorandum persefahaman (MoU) mengenainya ditandatangani di Shanghai New International Expo Center,sempena Ekspo Francais China 2019.

MoU itu disaksikan oleh Timbalan Menteri berkenaan Chong Chieng Jen.

“Perniagaan francais merupakan sektor yang penting dalam ekonomi negara berdasarkan sumbangnya sebanyak RM30.3 bilion kepada KDNK pada 2018.

“Jualan runcit dan sektor pemborongan bagi separuh pertama 2019 bernilai M112.3 bilion,” menurut kenyataan itu,

Chong kini berada di Shanghai, China dalam misi tiga hari mempromosi francais antarabangsa Malaysia ke wilayah berkenaan dari 23 hingga 25 Ogos.

 Misi itu turut disertai wakil dari Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Persatuan Francais Malaysia (MFA).

Komuniti francais Malaysia yang aktif di China sejak lima tahun lepas, menjangkakan trend itu akan berkembang.

Kini terdapat kira-kira 12 Jenama Francais Malaysia di China dengan 278 premis, termasuk 20 di Shanghai, manakala terdapat 19 jenama francais China menembusi pasaran Malaysia.

Menerusi bantuan agensi seperti MATRADE, 66 jenama francais Malaysia kini menembusi 65 negara.

— BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     

MBM cadangkan supaya ijazah graduan protes ketika graduasi ditahan sehingga mohon maaf

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel