Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

PKR tidak berpuak-puak - Anwar


Tarikh kemaskini: 24/08/2019





KUALA TERENGGANU, 24 Ogos (Bernama) -- Tiada berlaku perpecahan ataupun wujud dua kem dalam PKR, tegas presiden parti Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata demikian ketika ditanya mengenai ketidakhadiran timbalan presiden parti Mohamed Azmin pada beberapa mesyuarat barisan kepimpinan PKR sebelum ini. 

Dalam mengulas lanjut akan hal itu beliau berkata Azmin telahpun mengemukakan sebab atas kebanyakan ketidakhadirannya itu dan oleh itu parti tidak perlu ambil apa-apa tindakan terhadapnya.   

 “Ada peraturan kalau tidak hadir tiga kali berturut-turut tanpa sebab, (akan) gugur jawatan. Kadang-kadang orang ini dia cuba bagi sebab jadi lembaga disiplin parti akan meneliti sebab itu betul atau tidak,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Dialog Bersama Komuniti dan Pertubuhan Bukan Kerajaan, di sini, hari ini.

Anwar, yang juga Ahli Parlimen Port Dickson, menambah kini apa yang lebih penting adalah program parti berjalan seperti biasa dan pemimpin serta anggota parti terus setia dan memperjuangkan idealisme perjuangan parti.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     

7,000 murid KAFA cipta rekod MBOR, hasilkan peta minda terbanyak

 
     

HOSHAS catat sejarah pembedahan katarak terbesar dalam dua hari

 
     

Terapi seni penjara beri kesan positif pada banduan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel