Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kutip lebih satu tan sampah dalam satu jam


Tarikh kemaskini: 24/08/2019





 

KUANTAN, 24 Ogos  -- Lebih satu tan sampah dikutip dalam tempoh satu jam aktiviti 'Beach Plogging' anjuran Bank Islam Malaysia Berhad  (Bank Islam) di Pantai Sepat di sini, hari ini.

Ketua Pegawai Operasinya, Mohamed Iran Moriff Mohd Shariff berkata, Bank Islam memperuntukkan RM30,000 bagi pelaksanaan program itu yang bertujuan mendidik orang ramai akan kepentingan menjaga alam sekitar. 

Ia juga sebahagian daripada tangggungjawab sosial korporat yang dinamai AMAL yang melibatkan empat komponen iaitu alam, sosio ekonomi, pendidikan dan kesihatan.

"Peruntukan ini juga melibatkan pembinaan lima buah buaian dan enam unit bangku santai bagi kemudahan pengunjung ke pantai kedua terpanjang di Kuantan ini.

"Kita turut mengunjungi tiga rumah penduduk asnaf sekitar Kampung Pantai Sepat bagi menyampaikan bantuan yang disalurkan melalui peruntukan zakat oleh Bank Islam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program itu di sini, hari ini.

Mohamed Iran Moriff berkata, program itu dilaksanakan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) dan Alam Flora Sdn Bhd.

Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Pahang Abd Rahim Muda. 

Program itu disertai 500 sukarelawan terdiri daripada kakitangan Bank Islam dan pelajar Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (Kuipsas), Kolej Vokasional Kuantan, Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) Kuantan serta Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kampus Kuantan.

-- BERNAMA 


 

   

 
 
     
   
 

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     

7,000 murid KAFA cipta rekod MBOR, hasilkan peta minda terbanyak

 
     

HOSHAS catat sejarah pembedahan katarak terbesar dalam dua hari

 
     

Terapi seni penjara beri kesan positif pada banduan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel