Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

RM10 juta telah dibelanjakan untuk program AIM di Sabah


Tarikh kemaskini: 24/08/2019





TUARAN, 24 Ogos -- Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Sabah setakat ini telah membelanjakan RM10 juta daripada RM19 juta peruntukan yang disediakan kerajaan untuk membiayai pelbagai perniagaan yang dijalankan oleh sahabat AIM di negeri ini tahun ini.

Pengurus Besar AIM Wilayah Sabah Barat, Norashifah Salleh, berkata baki RM9 juta peruntukan itu pula perlu dihabiskan dalam tempoh empat bulan ini, dengan memberi pinjaman kepada sahabat AIM yang masih memerlukan.

"Di Tuaran sahaja, seramai 3,197 sahabat AIM sudah memanfaatkan peruntukan kewangan disediakan kerajaan itu dengan membuat pinjaman membiayai pelbagai perusahaan kecil dijalankan.

"Pembiayaan itu membuktikan AIM mampu membantu sahabat yang bernaung dengannya untuk memperluaskan peniagaan kecil menjadi besar," katanya pada Hari Keluarga Merdeka dan Karnival Jom Masuk AIM di sini, hari ini.

Program sehari itu dilancarkan Pegawai Perhubungan Parlimen Tuaran, Fairuz Bandar mewakili Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Perdagangan dan Perindustrian Sabah, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Norashifah berkata, AIM Sabah yang sentiasa mendapat peruntukan besar daripada kerajaan adalah badan yang banyak membantu mengubah kehidupan penduduk miskin luar bandar dengan menjadi pengusaha kecil pelbagai produk.

"Sahabat AIM perlu membayar balik pinjaman diperoleh mengikut jadual ditetapkan, memastikan badan itu dapat terus hidup dan beroperasi," katanya.

Katanya, AIM Tuaran menyasarkan penambahan 4,000 ahli tahun ini, menjadikan cawangan itu antara terbesar di negeri ini dan pertama mempunyai Kelab Usahawan AIM.

Sehubungan itu, Norashifah menyarankan agar sahabat AIM menganggotai kelab usahawan berkenaan supaya mereka mendapat pembelaan sewajarnya jika mereka menghadapi kesulitan.

-- BERNAMA  


 

   

 
 
     
   
 

LZS akan terus beri kerjasama kepada SPRM dalam siasatan libatkan dana LZS dan RTM

 
     

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel