Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

60 peratus kebakaran kawasan hutan di Gelang Patah berjaya dipadamkan


Tarikh kemaskini: 24/08/2019





JOHOR BAHRU, 24 Ogos -- Hampir 60 peratus daripada keseluruhan 16 hektar kawasan hutan di Jalan Tanjung Kupang, Kampung Pekajang dekat Gelang Patah yang terbakar sejak tiga hari lepas berjaya dipadamkan setakat ini.

Komander operasi, Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, Penguasa Kanan Bomba I Mohd Faizul Selamat berkata usaha pemadaman membabitkan 70 anggota dan 12 jentera dari 10 balai bomba termasuk bantuan jentolak dari Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Jabatan Kerja Raya Johor serta penduduk tempatan.

“Setakat 3 petang ini, operasi pemadaman masih dilakukan termasuk meneruskan pembinaan parit berair bagi mengelakkan api merebak ke kawasan lain,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Rabu lepas, Pusat Gerakan Operasi Negeri Johor menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran tersebut menerusi talian MERS 999 pada pukul 11.45 pagi.

Kebakaran pada awalnya hanya melibatkan empat hektar kawasan hutan, namun, sehingga semalam, kebakaran sudah merebak sehingga seluas 16 hektar.

Bagaimanapun kebakaran berkenaan tidak melibatkan kemalangan jiwa dan puncanya juga sedang disiasat.

Unit Udara Bomba turut melakukan pemantauan kebakaran dari udara, semalam, yang  turut disertai Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Komunikasi dan Multimedia Johor Dzulkefly Ahmad, dengan diiringi Timbalan Pengarah Bomba Johor Pauzan Ahmad.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel